Alhamdulillah.
Pejam celik pejam celik, dah sebulan saya bersama Shaklee. Seperti yang dapat dilihat dalam gambar kat atas, itulah bonus pertama yang saya perolehi dari Shaklee. Segan juga sebab nilainya terlalu kecil. Namun begitu, ia menjadi penyuntik semangat bagi saya untuk berusaha lebih keras meningkatkan pencapaian pada masa akan datang. Mana tidaknya, dalam tempoh 2 minggu bersama shaklee dan membeli sekadar keperluan dan kiriman kawan-kawan, saya dengan "tidak sengaja" memperoleh keahlian percuma dan terus mendapat bonus!
Sedangkan sebelum ini, agak susah bagi saya untuk menikmati hasil dari jualan kerana jarang barang jualan saya memberikan untung segera. Biasanya sekadar mendapat pulangan modal sahaja kerana saya berniaga sekadar suka-suka dan bersandarkan niat belajar ilmu meniaga di samping melatih diri supaya tidak segan untuk menjual. Dengan Shaklee, saya bukan sahaja bermula tanpa modal malah dapat merasa pulangannya seawal dua minggu pertama bermula. (^_^)
Saya bertekad untuk serius bersama Shaklee dan mengharapkan perubahan yang luar biasa dalam hidup saya suatu hari nanti, in shaa Allah.
Memaparkan catatan dengan label Perjalanan Bersama Shaklee. Papar semua catatan

Khamis, 30 Januari 2014
Khamis, 26 Disember 2013
Permulaanku Bersama Shaklee
Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah.
Setelah mengambil masa yang begitu lama untuk membuat keputusan bagi menyertai keluarga Shaklee ini, akhirnya saya telah sah bergelar Shaklee Independent Distributor. Sejak dari bangku sekolah lagi saya biasa mendengar tentang produk Shaklee ini. Apa yang saya tahu ianya merupakan satu produk kesihatan yang agak mahal dan merupakan satu syarikat yang menjalankan program Multi Level Marketing.
Disebabkan beberapa faktor tersebut, saya menjadi tidak berminat untuk mengambil tahu tentang Shaklee. Sehinggalah pada suatu ketika, saya mula perasan yang produk ini mula mendapat tempat di pasaran online dan sudah ramai kenalan saya yang menyertainya telah berjaya bersama Shaklee. Saya mula berminat untuk mendekati produk-produk kesihatan yang ditawarkan oleh Shaklee.
Pada mulanya saya masih menganggap produk ini agak mahal dan tidak sesuai bagi golongan seperti saya. Namun begitu, saya tetap mengkaji dan mengikuti perkembangan sahabat-sahabat yang berkecimpung dalam bisnes Shaklee ini. Lama-kelamaan saya mula teruja untuk mencuba produk ini. Dari situ saya mula menghubungi sahabat yang menjadi pengedar Shaklee untuk bertanyakan tentang produk. Setelah mendapat penerangan, saya memilih untuk mendaftar sebagai ahli dengan bayaran sebanyak RM65 dan mendapat keistimewaan-keistimewaan yang ditawarkan sebagai pengedar.
Pada mulanya, tujuan saya mendaftar adalah semata-mata untuk membeli produk ini dengan harga ahli, di mana pada pendapat saya lebih murah berbanding membeli tanpa harga ahli. Saya berkongsi cerita dengan rakan sekerja tentang niat saya untuk mendaftar. Tanpa diduga, rakan sekerja saya itu mahu membeli produk Shaklee ini melalui saya. Dia juga bertanyakan pada rakan-rakan yang lain jika ada yang ingin membeli produk Shaklee ini. Alhamdulillah, sambutan agak memberangsangkan sedangkan ketika itu saya belum pun mendaftar.
Saya semakin bersemangat untuk serius bersama Shaklee dengan niat ingin membantu sesiapa sahaja mendapatkan kesihatan yang lebih di samping menjana pendapatan sampingan bagi meringankan beban keluarga, in shaa Allah. Lillahi Ta'ala. Akhirnya, dengan pembelian terkumpul dari rakan sekerja, saya berjaya mendaftarkan diri sebagai Pengedar sah Shaklee tanpa sebarang bayaran, alhamdulillah.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada encik suami yang telah mengizinkan saya menceburkan diri dalam keluarga Shaklee ini. Terima kasih juga kepada "mak Shaklee" saya, Kak Aishah dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekerja yang mana merupakan pelanggan-pelanggan terawal saya. Saya doakan kalian semua dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik, aamiin.

Langgan:
Catatan (Atom)