Jumaat, 31 Januari 2014

Vita-Lea Iron Formula Shaklee

Vita-Lea Iron Formula Shaklee

Khasiat Dan Kebaikan

Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun berkerja seharian

Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran semata (vegetarian) dan juga anemia.

Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.Elemen

Penting pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tirod.

Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Secara umumnya Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang. Ini kerana kandungan Vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi keperluan hampir seluruh badan. Antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:

Khamis, 30 Januari 2014

Bonus Pertama Bulan Pertama

Alhamdulillah.

Pejam celik pejam celik, dah sebulan saya bersama Shaklee. Seperti yang dapat dilihat dalam gambar kat atas, itulah bonus pertama yang saya perolehi dari Shaklee. Segan juga sebab nilainya terlalu kecil. Namun begitu, ia menjadi penyuntik semangat bagi saya untuk berusaha lebih keras meningkatkan pencapaian pada masa akan datang. Mana tidaknya, dalam tempoh 2 minggu bersama shaklee dan membeli sekadar keperluan dan kiriman kawan-kawan, saya dengan "tidak sengaja" memperoleh keahlian percuma dan terus mendapat bonus!

Sedangkan sebelum ini, agak susah bagi saya untuk menikmati hasil dari jualan kerana jarang barang jualan saya memberikan untung segera. Biasanya sekadar mendapat pulangan modal sahaja kerana saya berniaga sekadar suka-suka dan bersandarkan niat belajar ilmu meniaga di samping melatih diri supaya tidak segan untuk menjual. Dengan Shaklee, saya bukan sahaja bermula tanpa modal malah dapat merasa pulangannya seawal dua minggu pertama bermula. (^_^)

Saya bertekad untuk serius bersama Shaklee dan mengharapkan perubahan yang luar biasa dalam hidup saya suatu hari nanti, in shaa Allah.

Rabu, 29 Januari 2014

Ekzema dan Lelah

Alhamdulillah..dengan izin Allah..adik ini sembuh dari ekzema dengan bantuan mealshakes dan nutriferon




Ekzema dan Lelah ( Mealshakes & Nutriferon)

»Anak anda mempunyai ekzema dan lelah?

»Tahukah anda ekzema, lelah dan sebagainya berkaitan dengan imun?

»Sebab itu anda harus pilih kedua ini untuk kesayangan anda. Apalah sangat berbanding kesihatan mereka..

»Mengapa mealshake & nutriferon

»Mengandungi multivitamin yang membantu perkembangan anak anda

»Membentuk interferon dalam badan bagi melawan penyakit.


Selasa, 28 Januari 2014

GLA Complex Shaklee lebih bagus daripada Evening Primrose Oil?



Umum mengetahui EPO(Evening Primerose Oil) adalah sangat sinonim dengan wanita yang sentiasa mahu mengekalkan kecantikan dan kesihatan yang baik. Tetapi tahukah anda, di Shaklee juga terdapat satu produk yang mampu menandingi kehebatan EPO?

Perbezaan Shaklee

Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO!

*Borage*

Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan, Canada.

Isnin, 27 Januari 2014

Bawang Putih


Manfaat dan khasiat bawang putih

★Kaya dengan vitamin C, B dan A serta mengandungi selenium, potassium, kalsium, zink dan banyak lagi.
★Antibiotik semulajadi yang membantu sistem tubuh membantutkan pertumbuhan dan pembiakan bakteria dan virus dalam badan
★Menipiskan darah - sesuai untuk masalah jantung, kolesterol tinggi dan mencegah serangan jantung dan strok
★Mengandungi germanium yang merupakan agen anti kanser dan anti tumor
★Membantu menstabilkan tekanan darah samada tinggi atau rendah
★Membantu menstabilkan paras gula dalam darah
★Meningkatkan ketahanan badan terhadap masalah alergi, demam dan selsema
★Membantu peningkatan cecair hempedu bagi mengurangkan lemak pada hati
★Membantu mengelakkan kenaikan berat badan berlebihan
★Membantu menurunkan paras gula dalam darah
★Membantu masalah jangkitan fungus pada kulit seperti panau, yeast dan sebagainya

Petua tradisional menggunakan bawang putih

Isnin, 20 Januari 2014

♥Kenapa badan cepat letih dan mengantuk♥


★Sensitiviti Elektrik★

≡Terasa seperti tidak cukup tidur, sakit kepala, pening dan penat boleh disebabkan kerana kamu di kelilingi alat-alat elektrik.
≡Ada fakta menyatakan bahawa sensitiviti elektrik mempengaruhi 35% terhadap populasi dunia. Sensitiviti elektrik mempengaruhi sistem semulajadi badan. Tanpa di sedari penyebabnya adalah seperti meletakkan telefon bimbit di sisi katil,penggunaan pengering rambut melebihi 10 minit, meletakkan jam digital bersebelahan ketika tidur dan terlalu dekat dengan skrin komputer.
≡Cara mengatasinya :
Gantikan digital kepada jam analog, guna monitor komputer jenis LCD, alihkan alat-alat tanpa wayar ke bilik berasingan.

★Diabetes★

≡ tanpa SedarMengikut Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lebih kurang 500,000 wanita tidak mengetahui mereka mengidap diabetes.
≡Menurut pakar pemakanan, diabetes terjadi apabila terdapat banyak gula dalam darah yang tidak diperlukan oleh tubuh. Apabila glukosa tidak ditukarkan kepada tenaga sama ada disebabkan insulin yang tidak cukup atau insulin tidak bekerja dengan betul menyebabkan hati mengeluarkan glukosa berlebihan dan badan tidak mampu menukarkan kepada tenaga kemudian memecahkanya menjadi lemak dan protein yang menyebabkan lebih banyak glukosa terhasil. Simptom diabetes ialah kencing kerap dan cepat dahaga badan pula menjadi mudah letih dan lemah.
≡Cara mengatasi:
Cuba ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan memastikan adakah anda berkebarangkalian mengidap diabetes, lakukan ujian darah untuk mengukur tahap gula dalam darah. Ketagihan memakan makanan yang manis dan berlemak sebelum kedatangan haid juga antara petanda kamu mengalami ketidakseimbangan kadar gula dalam darah. Makan setiap 3 jam dan jauhi roti, yogurt buah, jus, rokok dan kafein. Banyakkan mengambil makanan laut, telur, sayur sayuran hijau dan buah seperti buah pear, anggur, pic dan kiwi. gantikan pasta dengan beras perang, bubur dan bijirin.