Jumaat, 3 Januari 2014

Khasiat B-Complex


>> Apakah makanan yang mengandungi zat B sebenarnya?

  • Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur, buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang manis dan sebenarnya banyak lagi.

>> Apa kelebihan vitamin B complex Shaklee?

  • Selain lengkap dengan kesemua kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik untuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan. Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee. Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri-ciri berikut :
  1. Sistem penyerapan bioaktif berpaten
  2. Kesemua jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin
  3. Peningkatan penghantaran zat
  4. Tablet mudah ditelan
 >> Antara khasiat atau kebaikan yang akan anda perolehi bila mengamalkan pengambilan B - complex ialah :

  1. mengawal stress
  2. membantu badan lebih bertenaga
  3. ceria dan mood lebih stabil di samping dapat mengawal tekanan yang kita hadapi
  4. membantu penghidap migrain
  5. membantu sebagai penenang
  6. menukarkan makanan kepada tenaga
  7. Vitamin B Complex mengandungi  Vitamin B1,
    Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic),
    Vitamin B12 di mana:
  •  Vitamin B1 ~ menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan
    sistem saraf
    , mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
  • Vitamin B2 ~ Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6
    dan asid folic.
  • Vitamin B3 ~ Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol
    dalam darah; membantu dalam kesihatan kulit yang baik, membantu sistem pencernaan..
    Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan
    seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
  • Vitamin B5 ~ Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan
    penuaan pramatang
  • Vitamin B6 ~ Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam
    otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
  • Vitamin B9 ~ Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter
    as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
  • Vitamin B12 ~ Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah.
    Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram

>> Ada beberapa perkara yang menyebabkan tubuh kita memerlukan lebih vitamin B atau lebih khusus ialah B Complex.

1. Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti – malah setiap hari.
2. Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi deaktif kerana cahaya. Tidak banyak
usaha yang dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.
3. Gula menghapuskan B Complex. Lima kali ganda B Complex mengikut RDA diperlukan
untuk mematabolismekan gula dalam cuma satu minuman Cola. Dan bayangkan mengikut kajian, secara purata setiap kita menerima hampir 128 paun gula setahun.
4. Stress mental dan fizikal meluputkan lebih B Complex. Tekanan atau stress adalah asam
ragam dalam hidup semua orang. Biarpun kita sering memikirkan stress mental, stress
fizikal juga boleh merosakkan kita. Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran
neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.
5. Haba menghapuskan kebanyakan unsur B Complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin B
sensitif kepada haba yang yang sering memusnahkan. Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika
penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.
6. Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B Complex.
Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan B Complex dengan mudah.
7. Sesetengah sumber B Complex yang terkaya diketepikan oleh sesetengah individu.
Daging seperti hati, limpa dan jantung tidak dimakan atau dilarang untuk sesetengah
individu disebabkan tuntutan keagamaan mahupun akibat kolesterol yang tinggi.
Vegetarian pula menghadapi masalah vitamin B12 sebab vitamin ini hampir tidak wujud dalam keluarga sayur-sayuran dan inilah rahsia sebenar yang membuatkan ibu2 menyusu di luar sana berseri2 apabila mula mengamalkan Breastfeeding Set..kenapa?..kerana ada B complex dalam set tu.

>> Sebenarnya banyak lagi mengapa wanita sangat memerlukan B Complex dan antara
tanda kekurangan B complex pada seorang itu ialah cepat marah, murung, cepat letih, moody, kulit nampak kusam dan tension.

>> Siapa sebenarnya yang perlu B complex?

Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang

· Terdedah kepada sinaran matahari
· Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
· Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
· Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
· Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
· Mereka yang nak nampak cantik dan muda
· Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
· Wanita yang mengambil pil perancang

Maka, jika anda mempunyai kekangan dalam memastikan pengambilan vitamin B yang lengkap, cubalah amalkan pengambilan suplemen B Complex Shaklee.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan