Khamis, 30 Januari 2014

Bonus Pertama Bulan Pertama

Alhamdulillah.

Pejam celik pejam celik, dah sebulan saya bersama Shaklee. Seperti yang dapat dilihat dalam gambar kat atas, itulah bonus pertama yang saya perolehi dari Shaklee. Segan juga sebab nilainya terlalu kecil. Namun begitu, ia menjadi penyuntik semangat bagi saya untuk berusaha lebih keras meningkatkan pencapaian pada masa akan datang. Mana tidaknya, dalam tempoh 2 minggu bersama shaklee dan membeli sekadar keperluan dan kiriman kawan-kawan, saya dengan "tidak sengaja" memperoleh keahlian percuma dan terus mendapat bonus!

Sedangkan sebelum ini, agak susah bagi saya untuk menikmati hasil dari jualan kerana jarang barang jualan saya memberikan untung segera. Biasanya sekadar mendapat pulangan modal sahaja kerana saya berniaga sekadar suka-suka dan bersandarkan niat belajar ilmu meniaga di samping melatih diri supaya tidak segan untuk menjual. Dengan Shaklee, saya bukan sahaja bermula tanpa modal malah dapat merasa pulangannya seawal dua minggu pertama bermula. (^_^)

Saya bertekad untuk serius bersama Shaklee dan mengharapkan perubahan yang luar biasa dalam hidup saya suatu hari nanti, in shaa Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan